iftar di JPN

3

Written on 9/22/2008 11:01:00 PM by Ummu Suhaib

Assalamualikum wr. wb.

Hari ini hari ke 22 puasa..hatiku mulai rasa sedih sebab x lama lagi ramadan berakhir..aku rasa banyak lagi amal2 yang patut di buat tapi x terbuat..Ya Allah berilah kekuatan untuk hambaMu ini
beramal ibadah ikhlas untukMu semata2,buangkan rasa malas dan letih yg selalu bersarang dalam diriku ini..Jadikan daku sentiasa ingat betapa mahalnya bulan Mu ini..Amin Ya Allah Ya Rabbulalamin.
Hari ini aku telah di jemput memberi sedikit input dalam slot sembang2 sempena program iftar dan khatam quran di Pejabat Pendidikan Negeri...yg terletak tidak jauh dari taman rumahku..ada 2 org penceramah di jemput..ia itu ustazah Sazaliah sahabat seperjuangan dlm dakwah juga bertugas sebagai guru Sek Teknik JB. yg kebetulan terletak berjiran dengan pejabat JPN.
Rasa kelakar pun ada n heran pun iya..mengapa lah aku di jemput..Aku bukannya biasa memberi ceramah yg formal. Tapi di fahamkan hanya untuk share pengalaman sebagai ibu yang ramai anak dan masih bergiat dalam masyarakat...jadi aku pun setujulah,,nama program pun sembang2..Aku fikir tidak ada salahnya..mudah2an ianya suatu yg bermanafaat bagi diri ku dan orang2 di situ..

Rasa gelabah jugak..sebab di depan kita ada tuan pengarah dan pegawai JPN dan keluarga..tapi berkat doa..aku tak lah rasa teruk sgt..aku hanya bayangkan mereka di depanku semuanya manusia seperti aku juga..yg boleh menerima kelemahan dn kelebihan org,..so,,relax lah sket. Aku x berapa puas hatisebab soalan pegerusi x sama spt yg d beritahu sebelum tu..jadi aku rasa jawapan yg aku beri tidaklah sekemas yg aku prepare. untuk soalan yg di beri sbelum tu....dengan masa yg agak suntuk..aku rasa agak terkilan,,rasa x puas..tapi ok lah jugak..ianya 1 pengalaman yg agak unik untuk diriku ini..Hari ini kami sekeluarga di jemput ifter bersama..aku dtg awal, suami n anak2 dtg kemudian,,tapi mereka sempatlah tengok mamanya bercakap atas pentas tu..wonder ape yg mereka fikirkan..masa aku bercakap tu..he he he.
ok cukuplah pasal tu..tilawah Quran aku sudah kekalahn hari..ramadan ke 22..tapi tilawah dah tertiggal ,baru juz 21..gara2 false alarm uzur..tapi masa tu..memang yaqin uzur sbab memang dah due..tapi berhenti beberapa jam slepas tu..

Aku tahu aku agak slow. ramai jgak teman2 yg dah katam, ada gak yg dah ulang 2 kali..masyaAllah..mereka yg tahu bahasa Arab senanglah,,bca aje boleh faham makna dan boleh hayati,,macam aku ni,,kene lah baca translationnya baru lah faham..manalah x lambat..
tapi..x melemahkan semangatku..sangat nikmat membaca Al Quran ni..banyak cerita..aku selalu macam tenggelam dalam cerita2 yg Allah sampaikan kpd kita..cara Allah turun kan perintah n larangan..ancaman n khabar gembira..kadang2 rasa tenggelam di buai dalam dodoian Yg Maha Rahman maha Rahim..apa x nya masa baca tu..ada part yg sedih, ada part yg menggerunkan,ada part yg rasa kembang2 dada ni dgn Karimnya Allah,,ada banyak pulak cerita2 nabi dn rasul yang setiap seorang tu mempunyai perjalanan dakwah yang sungguh unik...and aku pun masih tertanya2 dalam byk perkara..spt..mengapa ya Allah ulang2 kisah2 nabi2..spt Nabi Musa..dengan Israel..dengan Firaun..dalam banyak surah...emm,,kene banyak baca n wat kerja lagi nih..
tambahkan ilmuku Ya Alim..

tugas hari ni

0

Written on 9/09/2008 09:01:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr wb.

Hari ni hari ke 9 puasa..Alhamdulillah, syukur masih di hidupkan lagi di bulan yg penuh barakah..baru balik dari hantar anak sekolah yg sejauh 18 km away..ulang alik dah berapa km?..alhamdulillah hari ini dan 2 hari berikut aku x payah ambil anak2 yg sekolah rendah,sbb derang cuti sempena pep. upsr..jimat sket masa n tenaga..tapi hari ni ada iftar jamai dgn group usrah ku..tugasku memasak ikan n nasi untuk 1o orang..ummm rasanya dah ada idea nak masak ape..
Tilawah hanya baru juz 9..huh..susah nya nak speed... semuga dapat jugak katam..anak2..yang besar dah ada yag katam agaknya..hari tu chat ngan anak di mesir pd hari ke 3 ramadan dia dah juz 10..dak2 kat umah..yg sekolah menengah sekarang dah belas2 juz..jadi mak ni banyak benda lain di fikirkan dan lain tugasan yg perlu di bereskan..semuga sume tu jugak jadi amal soleh di bulan ramadan ni..yg harap2nya di terima Allah...amin..

ubat penyakit takut mati

2

Written on 9/08/2008 09:22:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah setelah berterawih 8 hari, baru aku sempat bertazkirah pada anak2..iaitu selepas selesai 4 rakaat, sebelum menyambung ke rakaat seterusnya.. so far baru 2 kali sempat ke surau berjemaah..isya' n terawih..itu semasa Hanaa tidur. Hubby mostly isya n terawih di surau..baru sekali dia tera.wih di rumah n beri tazkeerah masa rehat.
Tazkeerah di ambil dari tulisan ibn sina..rasa kagum..Ibnu Sina yg di kenali sebagai bapa perubatan itu sebenarnya juga ada formula ubat untuk penyakit hati n spiritual..menurutnya, kematian itu bukanlah sesuatu yg dasyat n menakutkan.. ianya hanyalah ibarat kelahiran kita dari rahim ibu yg sempit ke dunia yang luas, begitulah kematian itulah jalan n cara untuk kita keluar dari dunia ini untuk menuju ke dunia yang lebih luas,lebih baik dan lebih abadi..umm..best jugak ..kalau gitu kan?
Tapi tentunya this everlasting world is reserved 2 the righteous who work 4 it during the course of their life. Walaupun Allah ,dgn kekuasaanNya ,n Dia Maha mendalam IlmuNya,membuat kita takut n benci mati, Allah melarang kita mencmpakkan diri kita dalam kebinasaan..(surah baqarah ;195),tidak bunuh diri n mengharap cepat mati.
Kita x patut takut mati. Orang yg takut mati tu x faham apa erti kematian itu. Dia takut tu atas sbb2 berikut; 1. dia x tahu mana dia akn g lepas tu, dia akan fikir dia akan luput selepas tu dgn segala identitinya. dia juga mungkin ingat bila dia mati the world will go on without him.
kepercayaan ini adalah kerana kejahilannya tentang abadinya ruh manusia n kebangkitannya.
Dia jug mungkin fikir mati tu sgt menyiksakan..ada juga orang takut mati sebab takut dgn balasan siksaan selepas mati sbb dia x sure about his deeds n actions ,n ada gak yg sangat sayang hartabendanya.
Pada pandangan Ibn Sina, sume ini adalah prasangka yg x punya alasan yg kukuh.Katanya pada mereka yg x faham ttg kematian itu, mati itu adalah hanya ruh yg meninggalkan tubuhbadan,kita x lagi mggunakan organ2 n machinery of life. seperti tukang kayu yg dah x perlukan alat2 nya. Ruh tidak punyai substance no qualities.Ia x berubah n x boleh dimusnahkan nx boleh lenyap,bahkan ruh akan sempurna selepas proses kematian!...
Mereka yg takut mati kerana x tahu destiny mereka,bukanlah takut mati, tp sebab kejahilan ttg mati itu, dia harus cari ilmu ttg mati tu.. sbb tu kata Ibn Sina ..org2 berilmu brusha cari ilmu
dan bekorban tinggalkan segala keseronokkan dunia untuknya. Mereka memilih bkerja/belajar bersungguh2 untuk melepaskan diri mereka dari ketakutan n kejahilan.
Jadi jaganlah takut mati..tapi kita patut redha n welcomed it, sebab tu lah jalan untuk kehidupan yg kekal di syurga.. Kata ibn Sina lagi..sesiapa yg takut mati sbb takut balasan siksa..itu adalah tanda ruh kita hidup..n also show that Allah is Just, Dia siksa yg berdosa n bg pahala yg buat baik.. Soooo..yg rasa berdosa tu..cepat2 lah bertaubat..n buat amal sebnyak2nya, n meninggalkan maksiat.. ketakutan kita selama ni hanyalah disebabkan kejahilan..so ubat kejahilan tu adalah ilmu..Cari,,ilmu..
Sesorg yg tahu ttg hakikat sesuatu itu..pasti tahu bagaimana untuk hidup yg penuh gembira n bahagia,ia adalah jalan yg lurus, jalan yg di ikuti oleh org2 yg tahu deen ini.
Pada mereka yg takut mati sebab syg nk tggalkan segala keseronokan di dunia,haruslah bertaubat segera,sbb menyesl di hari hisab x ada gunanya.Sesiapa yg wish hidup selama2nya,hnya wish yg impossibble..kalau sume org lived forever, penuhlah dunia ni dalam satu generasi je..
Kematian adalah tanda2 Adil nya Allah n Perhatinya Allah pd hamba2nya. Sesiapa yg x yaqin n redha dgn nya tanda x yakin dgn keBijaksanaan Allah. Orang yg beriman n solehx perlu takut mati, bahkan suka, kerana mgharapkan balasan baik selepas mati n kenikmatan abadi di Jannah nanti. Org soleh x nak mati cepat..dia patut berusaha 2 make his life longer untuk beramal sebanyak2nya juga berkhidmat untuk masyaratnya..so that people of his society my continue 2 profit frm his good deeds.. Dia hanya mgharap mati bial matinya itu dalam iman n baik utk sume org...
Akhirnya Ibn Sina me quote kata2 dari Socrates ' Death is areality n inevitable.No one dislikes it except those whose unjust actions are many, whose actions are few n may be certain of bad consequences after death. None among the beings like death even irritional animal frm the immensely giant animalto the tiniest insect who r not endowed with reason..They have the incliation 2 live n avoid extinction'
Tazkeerah tu..terpaksa di tamatkan sngat2 dgn tergesa2nya malam tu kerana Hanaa mengamuk minta attention..he ..he,.. akhirnya selepas mandikan hanaa n pujuk dia..sampai x ngamuk aku sambung solat terawih dgn seorg saje anakku..yg lain dah berterabur solat sendiri,sebab x sabar nak tggu lama lagi..buat home dll..










.

uji kesabaran

3

Written on 9/05/2008 10:10:00 PM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kpd Allah..walaupun kepenatan n tension seharian dapat kuatkan hati solat tarawih..ya..terawih malam ke 6 ramadan..semuga dapat menunaikannya seterusnya..sampai habis ramadan,rugi rasanya kalau x buat..

Hari ini memang banyak kali berastagfar,n banyak menahan hati,membujuk hati agar sabar..ialah dah bulan puasa..n diri pun tengah berpuasa..itulah bagusnya puasa ni,memang tarbiyah yang bagus, langsung dari Pencipta kita MasyaAllah..Alhamdulillah.

Suspen aje kan..macamlah banyak sgt ujian, n dasyat sgt bunyinya..bila fikir2 , n esp dah berbuka,perut pun dah terisi..x ape2 pun..kecil sgt berbanding org lain di luar sana..bagaimana saudara2 kita di palestine, di iraq, di kosova,sudan, thailand,filipina dll?..malu sgt diri ini.. hebatnya dugaan mereka, di usir dari tanah air, di perangi..di bunuh..atas alasan ape? Hanyalah keerana mereka beriman kepada Allah..Mereka2 inilah yg telah dijanjikan Allah akan pengampunan dan balasan syurga yang abadi.. Alangkah bagusnya tempat kembali itu.. Dunia ini hanyalah sementara..sebentar saja..

Ramadhan almubarak 1429

3

Written on 9/01/2008 07:10:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr wb.

Sungguh rasa terharu n bersyukur ke hadhirat Ilahi,kerana Allah masih memilih kita hamba2Nya untuk meneruskan hidup ini dan menjalani atau menempuhi satu lagi bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Alhamdulillah..Ya Allah ya Rahman Ya Rahiim.. Semuga Allah kita semua di beri kekuatan ,kesabaran n semangat yang berkobar2 untuk beramal dan beribadat sebanyak2nya dan setulus2nya untuk Allah azzawajalla. Semuga kita dapat meraih tingkat Taqwa yang lebih tinggi hasil dari Ramadhan tahun ini.Amin.
Sedikit sharing di pagi 1 ramadhan; TANDA2 ORG YG DEKAT DGN ALLAH;
1. Segala tingkah laku n perbuatan adalah dgn niat ikhlas, ikut syariat,di dasari ketentuan Allah ie dlm amalan harian ikut sunnah Rasulullah jauh dari bidah n kurafat.
2.Hati terpaut dgn Allah.Merasa nikmat apabila berkhalwat dgn Allah spt dlm solat,merasakan keberadaan Allah d sisi sentiasa.
3. tidak menghiraukan celaan org yg mencela bila beramal dgn islam atau dlm mentaati Allah,yg di harap hanya cinta Allah.
4. Tidak mengharapkan habuan duniawi
, ie duit atau pujian.
5. Cinta Allah, tidak terikat dgn suami, isteri n anak2 n harta, sentiasa brdoa agar Allah mengurniakan perasaan cinta pada Allah dan pada org2 yg soleh .
6.Bersedia bertemu Allah bila2 masa...
mungkin byk lagi tanda2nya..jadi setakat 6 ciri d atas sama2lah kiat cek diri kita adakah kita tergolong dalam mereka2 yg dekat dgn Allah.
ok, untuk semua yg sudi singgah ke blog ini n anak2 mama, ma doakan kalian bersemangat untuk menjalani ibadat di bulan ini, semuga ianya menjadi pemankin kekuatan di bulan2 akan datang, Amin.

untuk sahabat2 n jiran yg berdekatan..kami ada menyediakn pgram tadarus kanak2 n remaja di Masjid jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru,bermula hari ini dan hari hari cuti sekolah termasuk sabtu dan ahad. program bermula jam 10.oo pagi..terbuka kepada anak2 yang boleh membaca Al quran dgn lancar, dari umur 9 tahun ke 15 thn. kami akan adakan juga kuiz, cerita2, n multimedia
InsyaAllah.