just notes

2

Written on 3/26/2009 08:50:00 PM by Ummu Suhaib

1. Alhamdulillah mama x jadi g kl, anak2 ramai yg kene sekolah ganti n ada yg g program qiam.
2. Hati agak lega mama dpat sama2 urus Prgram ABJZ secara langsung..hari ni pun dah contact beberapa sekolah untuk mendapatkan feedback berapa ramai pelajar dari sekolah masing2 yang boleh datang ke pgram ABJZ..penting nak tahu kehadiran ni..nak budget makanan..x nak membazir n x nak pulak x cukup nanti..
3.Semalam dapat berbual ngan Maimuna dari melbourne..sampai x larat nak pegang hp..lenguh...jgn marah mai...(sesungguhnya bahgia bercakap dalam kerinduan)
4. Tadi berbahgia juga dapat chat ngan Hasanah n Suhail dari Iskandariah,Mesir,Lega..terubat rindu n kerisauan..sebab dah lama juga x dengar cerita depa..
5. Lega dapat bawa Mak Jah ke Hospital Permai untuk routine checkup yg dah terlewat 2 hari. Jaga Mak Jah ni satu cabaran buat mama...Alhamdulillah Allah sediakan satu wadah untuk mama meng'test' kesabaran n redha mama terhadap takdir..Mesti ada hikmah yg besar,mengapa dalam keluarga abah yang besar mama yg terpilih untuk menjaga mak jah..padahal mama hanyalah adik iparnya..Mak Jah ada ramai kakak n abang yang sepatutnya berebut untuk mendapat pahala menjaga Mak Jah..Tapi Mak Jah dah ok jgak sekarang...as long she is happy..I m happy 4 her..Semuga Allah sentiasa memberi kekuatn untuk mama ikhlas...n mama percaya kalau kita berusaha untuk ikhlas dan sabar Allah akan membantu.. seperti mana dalam ayat2 cinta dlm Al Quran dan jugak hadis2 Nabi saw..
6. Dapat a nice tazkeerah frm my dear sis from comment in this blog..he he..x sangka sibuk2 pun diam2 dah ada blog... :D
7. Dapat temankan abah sebentar ke pejabat ugama ...duduk sekejap pun disamping yg tersayang pun dapat mghilangkan kepenatan..(abah sungguh sibuk kalau di rumah, hampir 20 jam sehari mengadap kompiter) sbb tu..mama ikut aja kalau abah ajak keluar..walaupun rasa nak tido je tghari..kesian abah..kene fikirkan camana nak dapat duit banyk2 nak tanggung anak yg 11 orang,apatah lagi Mei ini 2 anak2 abah akan melangsungkan perkahwinan...Semuga Allah Al Fattah Al Razzaq meberi n mmbuka rezeki yng halal n tayyiban untuk keluarga kami.Amin..
8. Ma'thurat pagi ni termiss..
9. Malam ni kene bca surah al Kahfi..remember? now is Jumaat already
10. lauk untuk org posa hari ni adalah sup arab ngan gearbox!!(padahal org x posa lagi bedal sama!)...

Orng2 di Kl ,Mellbourne n iskandariah Mesir jgan terliuq dgn note no; 10 ye..nanti I.Allah mama buatkan bila u all balik...

Busy...n berserabut..

2

Written on 3/24/2009 09:58:00 AM by Ummu Suhaib

Mama masih agak taruma dengn peristiwa semalam,..tapi mama x boleh larut dengannya. Mama lebih risau n concern tentang prgam tuk remaja yg d jadualkan Ahad ini. Seminar ABJZ..apa tu!!!...(Anda Bijak Jauhi Zina). Program kerjasama antara Rakan Muda Masjid Jamek BBU dan Kelab Remaja Jim(KRJ)..pening jugak rasanya mewakili 2 pehak, mama ajk Helwa MJBBU n at the same time AJK wjimjb. Yang risaunya mama inyaAllah x berada di JB masa prgram ni berlangsung, sbb kene meghadiri upacara pertunangan anak sedara Abah..n Abah rasa nya kene jadi jurubicara bagi pihak anak sedaranya .Mama dah cuba nak mengexcusedkan diri sbb nak urus prgram ni,,tapi abah x benarkan..In ilah antara dilema..keluarga dan Dakwah.
Pgram ni amat penting bagi mama, and antara usaha2 kecil kita untuk membendung fenomena yg berlaku dlm masyarakat khususnya di kalangan pelajar2 sekolah n remaja. Mama banyak berkawan dgn guru2 sekolah n counselor..mereka melahirkan kebimbangan dgan masalah ini yg kian menjadi..bayangkan pelajar yng berumur d awal remaja yg bnyk terlibat dgan gejala sosial n mama pun dan berjumpa remaja2 di bawah umur yg mengandung tanpa nikah n yg lebih parah, ada yang telah dijangkiti HIV!Astagfirullah!! X kan mama sbagai anggota masyarakat nak menutup sebelah mata n melupakan semua ini.. Mama ramai anak.. Mama sgat gerun kalau anak mama terlibat dgn gejala ini(nauzubillah!!) Hal ini di sedari oleh ajak Rakan muda masjid..sbb itu kami aturkan prg ini, sebagai tanda Masjid pun harus berperanan dlm hal ini. Lgipun Masjid kami berdekatan dengan beberapa sekolah menengah, and agak memudahkan untuk kami berurusan dgn pehak sekolah. Sebenarnya prgram ini juga menolong pihak sekolah dalam memberi kesedaran pada pelajar2. Semuga program ini berlangsung dgn baik.

Last week semester break sekolah..mama yang kesibukan melayan karenah anak2 terlupa jadual mama setiap jumaat pagi ke RS (Raudhtus Sakina) pusat perlindungan dan pemulihan remaja perempuan yg bermsalah. Mama d tugaskan mengajar akhlak..kpd 8 org remaja di situ. Walaupun lupa Alhamdulillah mama dapat mggantikannya di belah petang..hari itu mama di kejutkan dgn ahli baru yng comel..iaitu seorg baby girl yng baru lahir 3 hari..dr salah seorang pelatih di RS ini.

Jiwa mama berbicara seribu Persoalan...berikutan peristiwa ini....

Accident,trauma n busy...

0

Written on 3/24/2009 09:01:00 AM by Ummu Suhaib

ASSALAMUALAIKUM WR WB.

Semalam mama ke Mersing ada urusan di pej. Tanah, ambil geran. Tanah d mersing yg masih belum diusahakan nenek telah turunkan pada mama,tanah tu bersebelahan dgn tanah mc sempo.oklah ..x penting sila abaikan..yang mama nak cerita ni peristiwa masa balik ke jb..kete mama yng di pandu oleh adik mama Mujahid tlah berlanggar dgn motorsikal..aduh..mama sgt trauma n rasa ngeri bila mengenang kembali peristiwa tu..dh takdir..sabar je lah..kereta depan membreak tiba2,pc Mujahid sedang memotong kanan tiba2 muncul motor dgn lajunya dari simpang kiri..rupa2nya kereta depan kitotang break tiba2 nak elak motor tu..jadi yng belanggar kreta kita n motor..pc motor nampak parah mungkin patah kaki dan d bawa ke hospital sejurus tu..kami alhamdulillah x ape2 cuma kereta yg teruk..kami (nenek,mama n pc Mujahid)terpaksa tggu smpai polis dtg tangkap gambar dll,pas tu kami ke balai polis terdekat utuk buat report. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5.30 ptg,habis buat report jam 8mlm,Pc Jaid agak trauma, n worst lesen dia dah tamat tempoh jadi mama lah yg drove bck to jb..sgat mencabar drive malam2 n dalam kawasan hutan, cermin depan pun retak kabus pulak tu..gelap sgt jalan x ada lampu jalan..seram jugak..tawakkal aje lah..hati x henti2 berzikir n berastagafar kpd Allah. Kami smpai ke JB dlm jam 11pm..Alhamdulillah ..Banyk pengajaran n hikmah dr peristiwa ini..antara hikmahnyaKita semua esp. Pc Mujahid mesti lebih berhati2 lepas ni ,dia ni baru 27 tahun umurnya..darah muda memang selalu accdnt...n Isya Allah semuga menjadi kaffarah buat kami..

0

Written on 3/09/2009 08:30:00 PM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr. wb.
Sempena Maulud Nabi ,masjid Jamek BBU merancang buat program selama seminggu sejak 7hb.Mac 09. Sebagai AJK Helwa, mama terlibat dalam beberapa program. Tu yang mama sgt busy n x dpt up date blog mama. Pd Sabtu lalau 7hb. Mac mama terlibat sbagai urusetia pgram ' Penghayatan Solat' untuk wanita. Alhamdulillah mendapat sambutan yg di luar dugaan. peserta lebih dari 250 org..pada mulanya kami cuma menganggarkan hanya untuk 150 org. Hari berikutnya ada kuiz sirah untuk wanita pd petang hari,tapim mama x dpt hadir sebab penat dan pening kerana menguruskan pgram solat tersebut. Lagipun mama kene prepare untuk multimedia buat anak2 sekolah untuk prgram esoknya iaitu hari ini isnin 9hb.Mac. mama rasa terkilan jugak x dapat hadir masa kuiz tu,nak juga menguji pengetahuan sirah yg ada pada mama,n sirah memang subjek favourite mama..
Pgram untuk anak2 sekolah bermula sejak pagi2 lagi,tp mama x terlibat..sebab acara perarakan..AJK rakan muda Masjid yg mengelolakannya..ada pertandingan perarakan..
mama hanta bertugas untuk menjemput penceramah dan menguruskan multimedia.
Dipendekkan cerita,hari ini sgt penat dan sangat mencabar kesabaran n ketabahan mama, selepas acara perarakan semuamurid2 masuk dewan..mama terperanjat! anak2 sekolah termasuk tadika semuanya ada..jadi hiruk pikoklah dewan.. mama ingat cume murid sek men sahaja yg ada di dewan..bayangkan sajalah..amat susah untuk mengawal keadaanya..
Yang mama terkilan, mama yg bertnggungjawab menjeemput penceramah, n mama x sempat nak bgtahu audience macamana.. nasib baik penceramahnya adalah seorg yg Pro.. Us. Hassannuddin, beliau dengan bijaksananya dpt mengawal n menyampaikan ceramahnya tentang Rasullulah dengan berkesan walaupun nampak sgt ringkas. sesuailah dengan audiencenya.. sebenarnya ramai jugak parents yg ikuti ceramah tersebut..
Selepas sahaja ceramah ,turn mama menyampaikan multimedi.. tapi anak2 dah x terkawal lagi,makanan pun dah di siapkan..jadi teruslah bg mereka makan, sambil ajk mengumumkn memenang acara berarak..Perbarisan.. dalam suasana yg x berapa terkawal n bising itu.l mama memulakan multimedia, tapi sayang, dalam 10 min saja computer terberhenti..n x tau ape sebabnya..terpaksalah acara itu di tamatkan..kami terpaksa meminta maaf pada semua..yg tinggal separuh dewan saja..sabar ajelah.. kita merancng Allah yg menentukan..adalah hikmah di sebaliknya.. yg mama dah nampak mama dapat g lebih awal ke prgram jemaah yang memang sepatutnya mama hadir dari pagi lagi..kalau ikut rancangan asal mama hanya dapat g selepas zohor..wallahuaalam..
Alhamdulillah walaupun mama letih tapi jauh dari sudut hati mama,mama bersyukur n gembira..sebab Allah masih memilih mama berada di Jalan Dakwah n menjadi jundi untuk mengembalikan AlIslam di tempatnya..Allahuakbar!!!