Perasaan Ibu

4

Written on 12/30/2010 09:09:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr wb.


Agak lama tidak meluahkan perasaan di alam maya ini...bukan tidak ada idea, bukan tidak ada cerita bahkan banyak peristiwa dan hal yang berlaku dalam hidup mama selama menyepi, ada yang duka, gembira,geram, sedih, bersyukur , semuanya saling menyulami hidup mama..agaknya dek terlalu banyak hal yg terjadi sehingga tidak tertulis dan tersuarat di sini....biarlah ia terlipat dengan kemas dalam lipatan memori mama...
Hari ini mood mama hendak menulis...di tujukan pada anak2 mama yang mama rindui..yang dekat dan yang jauh..yang di rumah walaupun dekat tapi masing2 mama rasa jauh sebab sedang di larikan oleh FB...IT..yanag semakin ganas menggoda ...

Mama baru saja baik (Alhamdulillah)setelah dekat 2 minggu Asthma ..setelah beberapa kali nebulizer dan kerap inhale vintolin...Walaupun badan rasa sedikit lemah dan tidak bermaya mama tetap happy dan bahagia dengan hidup mama..berapa hari ini mama tidak memasak di rumah, rasa agak lega..Alhamdulillah di kurniakan suami yang langsung tidak cerewet tentang makanan...dan amat sporting kalau mama tidak sehat banyak sangat melegakan persaan mama...Tapi sebenarnya Mama rasa terkilan juga tidak dapat memasak sendiri... hati lebih bahagia melihat yang tersayang makan makanan yang mama sediakan sendiri...Semuga Allah memberi kekuatan ,kesabaran dan kesihatan yang baik supaya mama dapat melaksanakan kerja suri rumahtangga dengan lebih sempurna..

Perasaan tambah bahgia dengan kepulangan anak mama Maimunah dari Melbourne ,Australia setelah tamat degree n honours in Physics, Alhamdulillah..Bahagia tapi sayu bila bila mengenangkan ada 2 lagi anak mama yang masih jauh di perantauan 1 di Mesir dan 1 di Jordan..Hati mama sentiasa berdoa agar mereka semua sentiasa dalam lindungan Allah...
Mama amat mngharapkan dan berdoa agar Hasanah yng di Mesir walaupun sudah tamat degree...cemerlang dalam tugasnya sebagai ibu dan isteri...walaupun bukan senang menjaga dan mendidik anak ynag masih kecil dan manja(Khayrat 1thn) dalam keadaan diri pun kurang sehat sebab ada manusia kecil lagi bakal di lahirkan...tidak mengapa Hasanah..Allah memilih mu untuk melahirkan pewaris nabi...insyaAllah..banyak2lah bersabar dan berdoa dan dekat kan diri pada Allah..Allah lah sumberkekuatan..

Mama rindu juga pada Ahmad yang baru juga berlabuh di lautan Ilmu di Jordan..tapi amat bersyukur Ahmad telah di kurnakan Allah kecintaannya kepada ilmu..Ahmad, bukan senang untuk mencintai ilmu..hanya yang terpilih sahaja dan di cintaiNya sahaja yang diberikan 'rasa' itu..mama dapat merasakan betapa bahagianya Ahmad berenang dalam lautan ilmu itu...Pastikan dan bertekadlah Ahmad agar suatu hari nanti Ahmad akan mengamalkan segala ilmu yang di pelajari itu...Malaysia amat dahagakan pemuda mujaddid untuk mensucikan bumi malaysia ini...Tidak tertahan rasa hati, geram ,marah ,meluat,sedih dan ada perasaan takut bila melihat keadaan di malaysia masakini..

Mama doakan Ahmad cemerlang dalam ujian ,peperiksaan terdekat dan akan datang..jaga diri nbaik2..sentiasa lah dekatkan diri pada Allah dengan membaca dan menghafal al Quran..biarlah ianya menjadi Syafaat buat dirimu di akhirat sana ..boleh juga abah dan mama menumpang sama...amin..

Sudah beberapa bulan Ahmad tiada di mata mama tapi tetap berada di hati mama...sering juga teringat2 apa yang di makan dan apa yng di pakai Ahmad..biasa lah ibu..seperti itu..selagi anaknya belum bernikah,masih d anggap masih memerlukan perhatian mamanya.. tapi bukan berarti mama nak Ahmad nikah cepat...Mama mengharapkan biarlah Ahmad fokus kepada pelajaran ilmu yng hendak di miliki..perkahwinan bukan main2 ..perlu satu komitmen yang teguh dan besar..cukuplah perhatian dari Allah dan kasih sayang dan doa dari mama dan Abah mengiringi Ahmad di Sana...bimbang juga hati kalau Ahmad udah teringin nak bernikah...Semuga Allah meneguhkan hati Ahmad..

Keluarga di malaysia ok ok sahaja....anak2 mama yang masih belajar , safiah di matrik UIA..sedang cuti di rumah..Aliya ,baru habis SPM sedang berprogram mukayyam di selangor...sedikit hari lagi Soleha, Nurul Hayat dan Nuha akan meneruskan persekolahannya di Sek men Hidayah..bila waktu bersekolahn bermula..Mama kan sibuk pula menyambung tugas 'supir'...dan akan jadi Supermum...Semuga sentiasa dalam perlindungan Allah dan hidup dalam keberkatan...Anak2 doakan lah mama dan abah sentiasa... Mama dan abah saaayaaang kamu semua!!!

penat...

0

Written on 11/05/2010 01:36:00 PM by Ummu Suhaib

Suatu hari...buat sarapan, hantar anak ke sekolah, balik terus kemas , sapu,n mop satu rumah..aduh penatnya...agak2 tengahari hubby turun sarapan..sarapan seorang diri..aku sibuk di dapur membasuh pinggan mangkuk...kedengaran sendawanya...Alhamdulillah suamiku dah kenyang..bisik hati ku..sambil menyannyi kecil hubby hantar pinggan ke dapur..tanpa ucap terima kasih pada ku..aku dah lah kepenatan..sampaihati ..tapi ku pujuk hati ku..dia happy lah tu, rumah dah bersih, perut pun kenyang...

Jadi emak n isteri ni kena banyak sabar..tak payah tuggu suami pujuk atau memuji...hanya ingat Allah ada melihat perbuatan kita atau kepenatan kita Dialah saja yg dapat mengukurnya..Dialah sahaja yang membalasnya....Aku hanya harapkan RedhaMU Ya Allah...

Bersyukur

0

Written on 5/28/2010 11:23:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr wb.


Hari ni mama x sehat..dah 2 hari mama migraine.. sakit sgt kepala...semalam lepas ngaji surah kahfi..( x abes baca pun) pening sgt,,mak terus tido..lepas subuh pun mama baring..kepala sakit sangat..tapi tadi mama gagahkankan jugak ngadap pc..dah tahu jugak berita anak-anak n sedara tru blog masing2..tetiba mama x tahan air mata membaca blog Ahmad..waa dah besar anak bujang mama ni..mama bersyukur dari tutur bicaranya,..Ahmad mama rasa sudah in the right track...mama memang amat mengharapkan anak2 mama berada di jalan dakwah...Semuga istiqamah di jalan ini..Amin..

Alhamdulillah, mama amat bersyukur Ahmad tlh terpilih untuk menyambungkan pelajarannya mungkin ke Jordan dengan tajaan Bank Negara Malaysia..Semuga Ahmad menggunakan npeluang ini dengan sebaik2nya..spt kata Mc Diyana..kelebihan,kepandaian di sertai dengan tanggungjawab yg berat.. sabar lah Ahmad..Ujian tetap menanti di hadapan..tapi Pertolongan Allah tiada batasnya bagi org yang bertaqwa..Selamat berjaya anakku..Mama sentiasa mendoakanmu..( hu hu hu dah sedih bila mengenangkan Ahmad bakal berangkat ke luar negara ) meninggalkan mama x lama lagi..i m sure to miss u my dear..

Anak2 mama semua doakan lah mama supaya cepat sembuh..semuga sentiasa sabar,tabah dan cergas selalu dalam dakwah..

hidupku yg masih berterusan

3

Written on 4/01/2010 11:09:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr. wb.


Sangat menarik apabila membaca buku ceramah2 Al Imam Hasan Al Banna..Setiap kali apabila memulakan ceramahnya ,mewajibkan dirinya memuji2 Allah n memberi selawat dan salam ke atas Rasulullah, sahabat n kaum muslimin, selepas itu memberi salam pada hadirin,sekaligus tak pernah lupa menginagtkan hadirin yg salam itu adalah ucapan kepada saudara tercinta yang di ajarkan Allah buat manusia..alangkah maha pengasihnya Allah...

Mama agak sibuk sekarang, sangat tidak sempat nak update blog..tapi dalam kesibukan mama, mama tahu kewajiban membaca buku islam tidak boleh langsung di abaikan. dah menjadi kebiasaan mama, mama akan membaca beberapa buku sekali gus..ada yg di dalam bilik tidur ada yang di ruang tamu...Alhamdululillah memang bembaca adalah hobi mama..so mama sgt bahagia kalau dapat membaca.. sekarang mama tengah membaca buku ceramah2 Hassan Al Banna, Buku Pelatihan Kyusuk Solat by Abu Sangkan, Bagaimana Rasulullah Berdoa da Majmuk Rasail..Imam Hasssanb AlkBanna...Anak2 baca lah buku ni..sgt indah sekaligus boleh meningkatkan iman..

Faktor umur n berat badan membuatkan fizikal mama agak lemah, mama sekarng dah mula sakit lutut..maklum dh ada 3 cucu!..sakit buasir mama sekarang pun agak membimbangkan, mama sentiasa bleeding kalau mama ke toilet..mama sekarang anemia(kurang darah) biladiktor cek baru2 ini,tu lah mama cepat sgt letih..dengan kerja2 rumah yg x kunjung habis..kadang2 mama rasa x berguna!...

Sekarang Uswah menghabiskan waktu pantng nya di rumah mama..kesian dia..mama tak lah pandai sgt jaga org pantang...Tapiu hati sangat terhibur apabila mandikan cucu mama iKRAM..dan mendengarnya menangis..suara baby sangat merdu..Ikram adalah cucu mama yg pertama datang ke rumah mama ,walau pun dialah cucu yg termuda dan cucu ke 3 mama ..baru 20 hari..

Apa khabar anak2 mama yg di luar negeri@ memeng x sempat nak call2..rindu Khairat si montel tu!!..x sabar nak menunggu mere balik bercuti Julai nanti...Wah Hari Raya tahun Ini rumah mama pasti meriah n ceriakan dengan kehadiran ahli2 yg baru...InsyaAllah..

aku seorang perempuan

0

Written on 2/27/2010 08:19:00 PM by Ummu Suhaib


dipetik dari blog http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Aku adalah orang yang dimuliakan dengan pangkat IBU
Dia menjadikan hatiku tempat orang lain menagih cinta dan rindu
Aku adalah orang yang Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya agar berlemah lembut denganku
Aku juga digambarkannya dengan gambaran yang indah dan syahdu
Tidak kira sama ada aku
seorang gadis
seorang isteri
seorang janda
atau seorang balu…
aku tetap seorang perempuan!
Perkahwinan tidak menambahkan kemuliaanku
Perceraian tidak mengurangkan keperempuananku
Menjadi andartu tidak menyebabkan aku menjadi malu!
Aku adalah seorang perempuan
Di dalam diriku lautan kemesraan dan mimpi sebesar gergasi
Ada cinta dan kelembutannya
Ada kasih dan romantisnya
Di wajahku nan ayu
Ada segunung sabar dan benteng keluli.
Aku seorang perempuan
Aku bisa menangis andai kulitku yang lembut ditusuk duri yang kecil
Namun aku bisa berdiri teguh menghadapi ribut taufan yang melanda hatiku yang lemah.
Aku seorang perempuan
Gembiranya aku memperoleh cinta seperti gembiranya si kecil mendapat mainan baru yang comel
Di kala serius aku laksana 100 orang lelaki
Di kala bermain aku lembut dan manja
Aku seorang perempuan
Aku bukan tawanan atau tebusan di tangan lelaki yang ingin menghancurkan
Sekiranya dia menghendaki aku sebagai kawan
Aku menjadi penunjuk jalan
Aku menjadi penenang dan tempat dia berlabuh pulang
Aku selimuti dia dengan cinta yang melimpah laksana sungai.
Aku seorang perempuan
Adakah engkau tau siapa aku
wahai lelaki terhormat,
wahai suami tersayang?

KBM

2

Written on 2/27/2010 06:58:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr wb.

Hari ini mama menguruskan satu program yang best,Sempena Bulan Maulud..iaitu KBM,"KEINDAHAN BERSAMAMU'' ...Indahnya bersama Allah,...Indahnya bersama Rasulullah...Indahnya bersama Keluarga....di Masjid Jamek Bandar Baru Uda..Anjuran HELWA..bersama KBM EXELLENCE..yg d terajui Pc Mokri Sabran. Jadi dalam 1 miggu kebelankangan ni memang mama sibuk menguruskan dari mencari peserta sehingga penyediaan sekecil2 kelengkapan spt gula2 dan safety pin yg comel2..
Pengalaman ini sangat mahal, kerana banyak masalah yang mama tempohi yang mengajar mama erti kesabaran dan keikhlasan dalam bekerja untuk membawa manusia kepada menuju Allah...Semoga usha mama diberkati dan di redhai Allah..sehingga ianya boleh di bawa bekal untuk ke kampung akhirat...

Ada kupu2 berterbangan di hatiku

5

Written on 1/06/2010 08:40:00 AM by Ummu Suhaib

Assalamualaikum wr wb.

Semalam mama letih sangat ,biasalah, buat kerja2 rumah yg x abes2,Alhamdulillah..malam g usrah, Alhamdulillah, balik dah agak larut malam..g ruang makan..meja masa penuh pinggan n cawan bekas makan malam yg x sempat mama kemas sebab g usrah masa abah n adik2 tgh makan ..mama kemaskan letak dalam sink..dlm hati nantilah mama cuci..n mama nak kemas n lap meja bersih2 selepas mama solat isya'. sempat bagitahu abah..' abang, pls jgn larang saya kemas basuh pinggan nanti ya...' abah kata,' emm..'..Lepas solat aje Hanaa dah ajak mama tido..Mama pun dah x larat nak turun bawah..jam pun dah dekat 12 malam..Tiba2 Ahmad muncul..mama pun saje je pesan gurau2 pada dia.'Ahmad..ingat buang sampah,...pinggan pun basuh ya?..' Ahmad senyum..heh heh heh..bunyi mcm ...sabojelah...Mama pun x simpan perasaan harapan yg tinggi..dalam hati..' terpaksalah aku gak yg basuh esuk!'.

Hari ni lepas subuh mak nak siapkan breakfast untuk adik2 ke sekolah...g dapur..tengok2 sinnk dah kosong semua pinggan mangkuk dah bersih..sampah sume beberapa bekas smpah sudah kosong...Alhamdulillah..lega nya rasa..bersyukur kepada Allah ada anak yg
soleh macam Ahmad..sori ya ahmad ,mama sngka buruk semlam..he he he.. Sebenarnya itu bukanlah 1st time Ahmad tolong mama..dah selalu..and almost everyday tolong mama buang smpah. Mama sangat menghargainya..Jzkk..semuga ikhlas selalu..

By the way,Ahmad sekarang bertugas sebahai Imam 2, di Masjid Jamek Bandar Baru Uda..Mama bersyukur dan terharu , sebab dia telah di beri kepercayaan untuk menjadi Imam di sebuah Masjid yg agak berprestige itu dalam usia yg agak muda iaitu baru 19 tahun...Semuga Ahmad dapat menjalankan tugasnya dengan sebaik2nya..