Written on 3/24/2009 09:58:00 AM by Ummu Suhaib
Mama masih agak taruma dengn peristiwa semalam,..tapi mama x boleh larut dengannya. Mama lebih risau n concern tentang prgam tuk remaja yg d jadualkan Ahad ini. Seminar ABJZ..apa tu!!!...(Anda Bijak Jauhi Zina). Program kerjasama antara Rakan Muda Masjid Jamek BBU dan Kelab Remaja Jim(KRJ)..pening jugak rasanya mewakili 2 pehak, mama ajk Helwa MJBBU n at the same time AJK wjimjb. Yang risaunya mama inyaAllah x berada di JB masa prgram ni berlangsung, sbb kene meghadiri upacara pertunangan anak sedara Abah..n Abah rasa nya kene jadi jurubicara bagi pihak anak sedaranya .Mama dah cuba nak mengexcusedkan diri sbb nak urus prgram ni,,tapi abah x benarkan..In ilah antara dilema..keluarga dan Dakwah.
Pgram ni amat penting bagi mama, and antara usaha2 kecil kita untuk membendung fenomena yg berlaku dlm masyarakat khususnya di kalangan pelajar2 sekolah n remaja. Mama banyak berkawan dgn guru2 sekolah n counselor..mereka melahirkan kebimbangan dgan masalah ini yg kian menjadi..bayangkan pelajar yng berumur d awal remaja yg bnyk terlibat dgan gejala sosial n mama pun dan berjumpa remaja2 di bawah umur yg mengandung tanpa nikah n yg lebih parah, ada yang telah dijangkiti HIV!Astagfirullah!! X kan mama sbagai anggota masyarakat nak menutup sebelah mata n melupakan semua ini.. Mama ramai anak.. Mama sgat gerun kalau anak mama terlibat dgn gejala ini(nauzubillah!!) Hal ini di sedari oleh ajak Rakan muda masjid..sbb itu kami aturkan prg ini, sebagai tanda Masjid pun harus berperanan dlm hal ini. Lgipun Masjid kami berdekatan dengan beberapa sekolah menengah, and agak memudahkan untuk kami berurusan dgn pehak sekolah. Sebenarnya prgram ini juga menolong pihak sekolah dalam memberi kesedaran pada pelajar2. Semuga program ini berlangsung dgn baik.
Last week semester break sekolah..mama yang kesibukan melayan karenah anak2 terlupa jadual mama setiap jumaat pagi ke RS (Raudhtus Sakina) pusat perlindungan dan pemulihan remaja perempuan yg bermsalah. Mama d tugaskan mengajar akhlak..kpd 8 org remaja di situ. Walaupun lupa Alhamdulillah mama dapat mggantikannya di belah petang..hari itu mama di kejutkan dgn ahli baru yng comel..iaitu seorg baby girl yng baru lahir 3 hari..dr salah seorang pelatih di RS ini.
Jiwa mama berbicara seribu Persoalan...berikutan peristiwa ini....
Written on 3/24/2009 09:01:00 AM by Ummu Suhaib
ASSALAMUALAIKUM WR WB.
Semalam mama ke Mersing ada urusan di pej. Tanah, ambil geran. Tanah d mersing yg masih belum diusahakan nenek telah turunkan pada mama,tanah tu bersebelahan dgn tanah mc sempo.oklah ..x penting sila abaikan..yang mama nak cerita ni peristiwa masa balik ke jb..kete mama yng di pandu oleh adik mama Mujahid tlah berlanggar dgn motorsikal..aduh..mama sgt trauma n rasa ngeri bila mengenang kembali peristiwa tu..dh takdir..sabar je lah..kereta depan membreak tiba2,pc Mujahid sedang memotong kanan tiba2 muncul motor dgn lajunya dari simpang kiri..rupa2nya kereta depan kitotang break tiba2 nak elak motor tu..jadi yng belanggar kreta kita n motor..pc motor nampak parah mungkin patah kaki dan d bawa ke hospital sejurus tu..kami alhamdulillah x ape2 cuma kereta yg teruk..kami (nenek,mama n pc Mujahid)terpaksa tggu smpai polis dtg tangkap gambar dll,pas tu kami ke balai polis terdekat utuk buat report. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5.30 ptg,habis buat report jam 8mlm,Pc Jaid agak trauma, n worst lesen dia dah tamat tempoh jadi mama lah yg drove bck to jb..sgat mencabar drive malam2 n dalam kawasan hutan, cermin depan pun retak kabus pulak tu..gelap sgt jalan x ada lampu jalan..seram jugak..tawakkal aje lah..hati x henti2 berzikir n berastagafar kpd Allah. Kami smpai ke JB dlm jam 11pm..Alhamdulillah ..Banyk pengajaran n hikmah dr peristiwa ini..antara hikmahnyaKita semua esp. Pc Mujahid mesti lebih berhati2 lepas ni ,dia ni baru 27 tahun umurnya..darah muda memang selalu accdnt...n Isya Allah semuga menjadi kaffarah buat kami..
Written on 3/09/2009 08:30:00 PM by Ummu Suhaib
Assalamualaikum wr. wb.
Sempena Maulud Nabi ,masjid Jamek BBU merancang buat program selama seminggu sejak 7hb.Mac 09. Sebagai AJK Helwa, mama terlibat dalam beberapa program. Tu yang mama sgt busy n x dpt up date blog mama. Pd Sabtu lalau 7hb. Mac mama terlibat sbagai urusetia pgram ' Penghayatan Solat' untuk wanita. Alhamdulillah mendapat sambutan yg di luar dugaan. peserta lebih dari 250 org..pada mulanya kami cuma menganggarkan hanya untuk 150 org. Hari berikutnya ada kuiz sirah untuk wanita pd petang hari,tapim mama x dpt hadir sebab penat dan pening kerana menguruskan pgram solat tersebut. Lagipun mama kene prepare untuk multimedia buat anak2 sekolah untuk prgram esoknya iaitu hari ini isnin 9hb.Mac. mama rasa terkilan jugak x dapat hadir masa kuiz tu,nak juga menguji pengetahuan sirah yg ada pada mama,n sirah memang subjek favourite mama..
Pgram untuk anak2 sekolah bermula sejak pagi2 lagi,tp mama x terlibat..sebab acara perarakan..AJK rakan muda Masjid yg mengelolakannya..ada pertandingan perarakan..
mama hanta bertugas untuk menjemput penceramah dan menguruskan multimedia.
Dipendekkan cerita,hari ini sgt penat dan sangat mencabar kesabaran n ketabahan mama, selepas acara perarakan semuamurid2 masuk dewan..mama terperanjat! anak2 sekolah termasuk tadika semuanya ada..jadi hiruk pikoklah dewan.. mama ingat cume murid sek men sahaja yg ada di dewan..bayangkan sajalah..amat susah untuk mengawal keadaanya..
Yang mama terkilan, mama yg bertnggungjawab menjeemput penceramah, n mama x sempat nak bgtahu audience macamana.. nasib baik penceramahnya adalah seorg yg Pro.. Us. Hassannuddin, beliau dengan bijaksananya dpt mengawal n menyampaikan ceramahnya tentang Rasullulah dengan berkesan walaupun nampak sgt ringkas. sesuailah dengan audiencenya.. sebenarnya ramai jugak parents yg ikuti ceramah tersebut..
Selepas sahaja ceramah ,turn mama menyampaikan multimedi.. tapi anak2 dah x terkawal lagi,makanan pun dah di siapkan..jadi teruslah bg mereka makan, sambil ajk mengumumkn memenang acara berarak..Perbarisan.. dalam suasana yg x berapa terkawal n bising itu.l mama memulakan multimedia, tapi sayang, dalam 10 min saja computer terberhenti..n x tau ape sebabnya..terpaksalah acara itu di tamatkan..kami terpaksa meminta maaf pada semua..yg tinggal separuh dewan saja..sabar ajelah.. kita merancng Allah yg menentukan..adalah hikmah di sebaliknya.. yg mama dah nampak mama dapat g lebih awal ke prgram jemaah yang memang sepatutnya mama hadir dari pagi lagi..kalau ikut rancangan asal mama hanya dapat g selepas zohor..wallahuaalam..
Alhamdulillah walaupun mama letih tapi jauh dari sudut hati mama,mama bersyukur n gembira..sebab Allah masih memilih mama berada di Jalan Dakwah n menjadi jundi untuk mengembalikan AlIslam di tempatnya..Allahuakbar!!!
Written on 1/11/2009 01:04:00 AM by Ummu Suhaib
Assalamualaikum. wr.wb.
Sekarang ni sejak 27hb. Disember 2008..hati umat islam sungguh terbakar dek kekejaman yahudi laknatullah..tak terkecuali hati ku ini..sangat sedih..sungguh pilu..setiap hari duk tenguk kat Aljazeera ..saudara seiislam kita kanak2 n wanita di bunuh dengan kejamnya..sungguh pengecut yahudi laknatullah itu!!!
Jangan kata kita x boleh buat apa-apa..YES!!! kita BOLEH!!!
1.berdoa
2.Infak sbhgn wang untuk di salurkan ke Palestin
3.BOIKOT barangan USA yg menyokong Israel
4...ikut demonstrasi...
Yahudi x sedar derang di ambang neraka n bakal di Azab!!
Saudara2 Palestin..yg terkorban..mereka Syahid..telah di janjikan Syurga..alangkah beruntungnya mereka..apalah 70 tahun di dunia ini di bandingkan nikmat yg kekal abadi di akhirat sana bersama dengan Pencipta Yg Maha ArRahman Ar Rahim...
Kita BAGAIMANA!!!
Written on 11/21/2008 12:07:00 AM by Ummu Suhaib
Assalamualaikum.
This week mama sangat busy dan penat..tapi hati tetap redha dengan ketentuanNya..melalui pengalaman sehari2 kita..yg sedih yang penat yang yang rasa nak marah..kita dapat pengajaran betapa kerdilnya kita di sisi Allah yang maha berkuasa..betapa ArRahman Ar Rahim Al Khaliq dan kebanyakan Asmaulhusna itu dapat kita pelajari dan fahami seterusnya menghayati sedikit demi sedikit.Alangkah bahgianya hidup bersama Allah!..tapi manusia selalu tidak menyadarinya...Selalu leka n alpa,,tu yng tension selalu..apa 2 prblem selalu cari kat lain dulu...bacalah surat2 cinta dari Allah tu! InsyaAllah..mama try my best untuk selalu dekat dengan Nya membaca surat cinta dari AlKhaliq..
Nak citer sket apa yg mama penatkan..sejak ahad sampai hari ini khamis..mama dah 3 x ke Hospital (unit emergency) n 2 x ke klinik..gara2 bibik sakit.. kata doctor gastrik..n mungkin jugak ada batu d hempedu..penat dengan cara hospital tu yg handle pesakit...x efficient langsung..org dah sakit camtu pun x bagi masuk ward..hai entah lah..
Semuga Allah beri kekuatan n kesabaran pada bibik n cepatlah sembuh...hai bila bibik sakit..mama lagilah,,penat terpaksa buat sumenya..Astgfirullah.. x pelah kene ikhlaskan amal..kalau x, x dapat pahala..penat aje wat keje..mama kesal gak ngan anak2 mama yg duk di rumah ni..bukan nya pandai cari kerja..semuanya terlekat di depan computer aje..tiap kali ada kerja yng nak di tolong terpaksalah di suruh2..tak sensitif langsung..salah mama jugak ..x pandai didik anak2 mama..Astagfirullah!...
Walaubagaimanapun mama sempat juga menghabiskan membaca sebuah buku yang best yang menyegarkan jiwaku yang letih ini..sebagai supplement..Alquran tu memanglah ubat wajib..untuk sehat jiwa.dan raga...
buku yang mama maksudkan ialah TRAVELOG HAJI. memgubah sempadan Iman..best buku tu..mama yang dah tunai haji amat dapat menghayati buku ini..bila baca rasa2 nak sangat pergi haji lagi..n sape2 vyg belum gi lagi lah patut baca ...tapi sape yg x nak pergi haji dalam waktu terdekat ni pun sgt baik baca,,sebab banyak sangat pengajaran dalamnya. Pada mama buku ini sangat memberi motivasi untuk lebih bertaqwa kpd Allah..seterusnya untuk beramal dengan islam n Iman..bacalah buku ini..anda dapat merasakan..atau menyakini..betapa benarnya ungkapan dalam hadis nabi saw..Doa itu senjata mukmin..
Written on 11/08/2008 09:38:00 PM by Ummu Suhaib
Assalamualaikum.
Seperti biasa mama sibuk selalu..minggu ni lagi tambah sibuk dengan hantar dan ambil kereta untuk di servis, Bawa Hanaa dan Hayat ke klinik kerana demam dan athmaa..kene pulak bagi ubat pada mereka..kene ingat selalu..supaya tepat waktunya n ikut aturan..kalau nak cepat sembuh..memang agak penatlah..tapi sabo je lah..memang dah tugas ibu..Minggu ni jugak ambil kad laporan peperiksaan akhir tahun Hayat dan Nuha..jadi memang setiap hari dari isnin ke sabtu ke sekolah ulang alik..
Dalam kesibukan mama, mama tidak lupa anak-anak yang jauh di mata..yg kebanyakan mereka sedang menghadapi peperiksaan...Mama doakan Ahmad yg di sek Islam Hira..sehat walafiat,tenang untuk bersedia menempuh peperiksaan Spm.Semuga Ahmad dapat menjawab soalan2 dengan cemerlang. Semuga mendapat 13As! x lupa Maimuna yng di Aust,Hasanah n Suhail yg di mesir, semuga berjaya dalam peperiksaan kalian...semuga mendapat Mumtaz!
Tak lupa mama sentiasa mendoakan Suhaib n Uswah..Semuga Allah memudahkan urusan pernikahan kalian...Amin..
Untuk buahhati2 yg di rumah: Abah, semuga cepat sembuh dari sakit pinggang dan pening kepala, Hayat n Hanaa, semuga cepat sembuh, Aliya, Safiah n Solehah,semuga mendapat keputusan yg cemerlang dari peperiksaan masing2, n Selamat bercuti semuanya..semuga cuti kalian diisi ngan perkara2 yg bermenafaat. Untuk kak Jah, ku doakan agar kak jah sehat dan bertambah tenang mengharungi ujian hidupnya. nUntuk Bibik Mai semuga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk ,membuat kerjarumah dan melayani kami semua.
Untuk anak2 sedara dan anak2 ukhuwah fillah di luar sana yg masuh belajar di dalam n d luar negara mama ucapkan selamat belajar bersungguh2, hargailah setiap detik kehidupanmu ini..
semuga kamu mampu menjadi pepimpin masa depan,yg akan membina kembali maruah Mahkota Khalifah Islam di persada malaysia juga di dunia ini..Amin..
Written on 11/03/2008 10:20:00 AM by Ummu Suhaib
Assalamualaikum wr.wb.
Blog ku sudah out dated!! kesian anak2 selalu hopping..tapi hampa...sorry lah..bukannya x nak..tapi tak ada mood nak update..walaupun selalu gak..atau hari2 ngadap computer ni..dok bca blog2 sana sini..best menamba ilmu ni..terasa kerdil..x pandai nak merangka ayat2 yg best yg beri menafaat buat orang lain..
Hari ni entah mimpi apa..memecah kesunyian..berdailog dengan hati melalui blog..bolehlah agaknya menghilangkan rindu..pada sape2 yg rindu padaku..kalaupun ada..yg surenya org yg d down under Aussie n nun di Timur tengah..pasti gembira..mamanya dah mula nak rajin menaip..he he..ni mama yang terpaksa tulis dek desakan anak2nya yg rajin merayu suh mamanya tulis blog.
ok..where do i start?...
Masa last ten days ramadhan memang x sempat nakn update,,sbb memang busy..ada dating ngan Tuhanku n Tuhanmu..sume org busy kan?sape yg x busy?..sume org yg beriman berebut2..merayu2 pada Tuhannya..buat yg terbaik..nak tunjuklah pada Nya..Ya Allah..HambaMu ini lemah,,ini saja lah yg termampu ku buat untuk Mu..aku usha dgn sesungguhnya..tapi..melihat org2 lain sgat hebat..aku kerdil..Ya Allah tapi aku nak jugak Kau tahu aku hambaMu..ingin sekali,sgt terdesak memohon inayahMu untuk digolongkan dalam hamba2Mu yg di beri rahmat keampunan dan pelepasan dari api neraka...Ya Allah sesunngguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Maha menerima Taubat hamba2Nya..yg Allah dengarlah rintihan hambaMu yg lemah ini..kalau tidak..tentu rugilah hambaMu ini..hu hu..begitulah sebahgian rintihan2 kita kan? tp jgnlah duk imagine mama duk atas sejadah ,sujud n rukuk 24 jam msa last 10 day!..bah kan mama sebaliknya..mama sedih jugak tp redha,sbb last 7 days mama dah x leh solat..cuti umum..Allah dah suh mama raya awal2 lagi...sabarjelah..itulah fitrah kaum Hawa...Walaubagaimanapun bersyukur kerana Allah masih mengizinkan mama bergelumang dgn AlQuraan..ma sibuk ngan pgram tadarus kanak2 n remaja di Masjid Jamek berdekatan ngn rumah ma..seterusnya ma sibuk buat persiapan majlis khatam Quran mereka..membeli,memilih hadiah dan saguhati untuk para peserta tadarus..alangkah bahagia hati mama melihat wajah2 ceria mereka msa menerima duit raya dan cenderahati tersebut..Walaupun tahun ini tidak berapa ramai pesertanya iaitu hanya 34 orang..tp hati mama puas juagk..kerana ramadhan tahun lepas mama x buat pgram tadarus ni,kerana mama rasa tidak mampu degan anak ynak mama yg bungsu masih kecil dan mama tiada pembantu rumah ketika itu..Sebelum tu setiap tahun hampir 10 thn mama sebgai ajk Helwa Masjid menganjurkan majlis tersebut dengan bilangan peserta seramai 80-1oo org..Walaupun target sebenarnya untuk semuanya Khatam dalam prgm tu,tidak kesampaian..mama rasa bersyukur..sekurang2nya anak2 itu weekend ramadan mereka terpenuh dengan ayat2 Quran dan jugak tazkeerah ramadan yg mama sediakan dalam bentuk ceramah ringkas dan multimedia..Semuga usaha kesil mama n rakan ajk mama di terima Allah sebagai amal yg soleh..amin.
Raya tahun ini mama busy sbb hari ke 4 aje keluarga mama mengadakan majlis pertunangan anak ke dua mama..sila buka blog anak mama yg namanya Uswah..untuk cerita yg lebih detail..jugak dengan memenuhi majlis terbuka kawan2 shabat n jiran tetangga..Alhamdulillah..mama sempat juga berpuasa 6 n membayar semua sekali puasa mama yg tertinggal masa ramadhan tu dalam bulan syawal nii..yg sgat2 di jealouskan oleh suami n anak2 mama..he he..he..
Pada 26hb.Oct yg lalu adalah hari annaversary mama n suami yg ke 25..Hari tu mama kurang ceria atas sebab2 yg tertentu dan mama kena migraine..dan juga terpaksa ke Melaka untuk meghadiri wedding anak saudara suami..Walaupun hati mama redup dan mendung pada hari
yg special itu..tapi hati mama tetap berbunga2 kesyukuran ke hadrat Ilahi atas perkahwinan mama yg telah berlangsung selama 25 tahun, dengan di kurniakan 11 putera n puteri.
Alhamdulillah..walaupun rumah tangga kami bukanlah yg paling bahagia,jauh sekali yang perfect seperti rumahtangga Rasulullah..tapi kalau dibandingkan di luar sana..mama rasa rumahtangga mama lah yg paling bahagia..mamalah isteri dan ibu yg paling bertuah di dunia ini..mama berdoa agar Allah sentiasa merahmati rumahtangga mama di berikan petunjuk agar sentiasa di dijalan yg benar, kekal sehingga di akhirat sana..amin.
Ramai sekali sahabat n kawan2 mama yg menyatakan dan merasakan mama orang yg ceria..Alhamdulillah..baguslah..tapi hanya Allah sajalah yg tahu hal yg sebenarnya apa yg tersirat di hati mama..apa yg mama risaukan..apa yg mama terkilan..apa yg mama inginkan yg belum lagi ternyata ..apa yg mama terpaksa pendamkan yg sgat memedihkan hati..apa yg mama takutkan...apa yang mama seriaukan,,,banyak benda..yg hanya berlegar2 di ruang lingkung hati mama..x akan mama sharekan dengan,,org lain..Biarlah RAHSIAAA... Antara mama dengan Allah sajalah tahu.Hu hu hu.tentu suspenkan..tp u all jangan risaulah..nothing serious... .Apa
pun..tentang keceriaan mama ni..x mungkin x ada sebabnya kan?..Bnyak faktor sebenarnya..susah gak nak menyatakan satu persatu..tapi rasanya overall, mama boleh simpulkan dengan kata2 yang mudah iaitu mama bersyukur dengan segala nikmat yg Allah berikan pada mama dan redha dengan segala ketentuan yg Allah berikan..mama trust Allah,apa-apa yg terjadi pada mama itulah yg terbaik buat mama..Tapi yg terbest tu ialah mendapat hidayah sejak dari kecil,sampai besar n tua..Allah sentiasa membuka pintu hidayahNya pada mama untuk mencari jalan2 mencintai Allah dan DeenNya...dan Allah jualah yg mentakdirkan nama mama Hidayat@hidayah...Thanks to my parents yg menamakan mama begitu..