Ultah perkahwinan yg ke 28.

0

Written on 10/27/2011 04:09:00 PM by Ummu Suhaib

Alhamdulillah semalam, 26hb. Ocktober, adalah tarikh keramat ulangtahun ke 28 mama dan abah nikah...so far mama x pernah lupa, sebab ianya tarikh yang istimewa buat mama...tapi semalam mama hampir lupa, sebab pagi2 lagi mama n abah dah keluar ke Program...masa program tu mama teringat...lantas mama terus sms abah yg berada di posisi bertentangan tempat mama duduk. Jawapan abah ringkas, tapi sudah cukup untuk membuat hati mama berbunga2..he he...

Whoaa..dah 28 tahun...komen salah seorang dari anak mama..mama x pasti lah apa yg tersirat dalam komen whoaa nya tu..Tapi bagi mama Alhamdulillah mama rasa bersyukur setakat ini mama dan abah tetap kekal dalam perkahwinan...Ya selama 28 tahun kami bersama dan di kurniakan 11 orang anak, 2 lelaki dan 9 perempuan...Ramai kawan2 atau jiran atau saudara yg dah lama x jumpa, kalau tanya berapa anak mama, bila mama jawab 11 orang, kebanyakkannya akan tanya lagi haa..berapa?? mcm x percaya dengan pendengaran masing2 he he....yang bestnya bila derang komen balas ..eh mudanya..dah anak 11 ! Astagfirullah...x nak riak..apa lagi ujub..cuma biasalah hati manusia..suka mendapat compliment..tanda penghargaan org ,atau sahabat...Tapi hati mama tetap ada galaunya...sebab mama bukan ibu yg terbaik dalam mendidik anak2 ,masih banyak kekurangan..anak2 mama juga masih perlu diperbaiki akhlak dsb...selalu takut bila ingat pertemuan di akhirat sana...akan di persoalkan setiap anak yg Allah sudah amanahkan pada mama dan abah..Selalu gak merenung ngapa mama ramai anak...

Abah cadang nak belanja mama nasi 'mandy' di restaurant Hadramaut. sempena ulngtahun ini,.tp x kesampaian sebab letih selepas 1 hari program..harapnya abah tidak lah terus melupakannya..he he ..

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment