jadual padat

0

Written on 4/23/2009 10:18:00 AM by Ummu Suhaib

Seperti biasa mama sibuk, terutama sekarang..sampai sakit dada..vintolin sentiasa standby..doakan mama ya..kalau mati pun biarlah telah di ampunkan Allah segala dosa dan di redhai Allah dan berpeluang dapat syafaat Rasulullah saw dan di jemput melihat WajahNya SWT yg maha Agung n Maha Suci..Alangkah nikmatnya..
sekarang wanita jim johor sibuklah nak buat sukan ..bergabung ngan kelab kanak2 jim..mama blum lagi bentuk pasukan bagi mewakuli lokaliti kami..tapi dah lah war2kan ke lokaliti lain..cam x dapat buat.. rasa nak pas kan org lain organisae..
Next week 1hb. Mei, suhaib akan melangsungkan nikah. di Telok Intan. mama n abah tgh sibuk merancang n menguruskan majlis pernikahan uswah n majlis kenduri Uswah n Suhaib..Double Wedding..mana lah x sibuk..
kat tingkat bawah org tgh buat renovation..nak besarkan lounge sket..keluarga besar..takut tak muat je orang nak duduk masa majlis pernikahan Uswah..harap2 siaplah kerja tu sebelum hari nya.. Hari Majlis kenduri x bimbang sangat..khemah kan di sewa ..insyaAllah muat untuk 2000 jemputan..kalu bergilir2 makan..waktu nya dari 11pg ke 4 ptg.
Abah x berapa sehat dalam beberapa hari ni..jadi mama lagilah sibuk jadi the only driver in the house..Semoga Abah sehat cepat. Apa pun mama rasa happy and excited nak terima menantu ni..di harap calon2 menantu mama dapat menerima keluarga mama seadanya...
Dalam kesibukan, mama tetap bersyukur atas segala nikmat yg Allah berikan..sungguh besar n banyaknya nikmat Allah yg di anugerahkan ..x terhitung..
Ya Tuhan ku, tunjukikilah aku untuk mensyukuri nikmat yng tlh Engkau berikan kpdku dan kepada kedua ibubapaku dan supaya aku dpt berbuat amal yg soleh yg Engkau redhai; berilah kebaikan kpd ku dgn memberi kebaikan kpd anak cucuku. sesungguhnya akau bertaubat kpd Engkau dan sesungguhnya aku termasuk org2 yg berserah diri...

Kepada Allah ku mohon Kekuatan...

tenang

0

Written on 4/01/2009 11:34:00 PM by Ummu Suhaib

Alhamdulillah agak lega selepas berakhirnya program ABJZ di dewan Jublee Perak hak Masjid. Mula2 cuak takut x ramai peserta,cuma 3 sekolah saja yg bg maklumbalas..so mama expectd 100 org pelajar aje( Kami suruh pc masjid masakkan untuk 3oo org!)Alhamdulillah bila pendaftaran di buka ramai lagi yg datang,ada 1 sekolah tu x bagi maklumbalas pun hantar murid, 30 org kot..so jumlah murid dalam 146 yg berdaftar..ada yg x daftar..sbb jemputan..yg daftar kene bayar RM5. So dalam dewan tu mama agak2 ada 200 lebih org, tu termasuk guru pengiring, guru2 ahli jim yg datang dari Johor n Melaka. Prgm ni prgm abjz pakage yg pertama..sebenarnya dah pernah buat pelancaran bg peringkat daerah JB dan Batu Pahat secara besar2an dengan kerjasama pejabat ugama daerah dan pejabat pelajaran, jadi memang ramailah setiap sekolah wakil dalam 8-10 orang,jemput semua sekolah..padat dewan..lebih 1000 org murid!
Selepas prgram kecil2an di dewan Masjid BBu ni, memang org2 KRJ x menang tangan..ada saje program di ABJZ ni di laksanakan d tempat2 lain..setiap minggu.. Semuga usha kecil ini sekurang2nya dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa kejinya perbuatan itu..dan semuga dapat membendung gejala tersebut..Amin