apa-apa.lah...

0

Written on 10/21/2011 11:49:00 PM by Ummu Suhaib

Salam.

Anak2 sibuk suruh mama up date blog ni...mama busy sgt ..camner nak update...walaubagaimana pun hari ni mama cuba je tulis..memecah kesunyian..
Mama sehat2 je Alhamdulillah..cuma lutut masih sakit akibat jatuh tempohari ketika mencuci toilet..bukan x pernah cuci toilet..bahkan selalu je cuci toilet sebab ramai penggunanya...tapi skarang mungkin dah tua, otot dah x kuatt tu yg jatuh bila licin n tak berhati2.
Mama sekarang sibuk fikir nak uruskan perkahwinan Ahmad. Alhamdulillah dewan dah di booked, Catering utk makanan belum lagi..banyak perkara perlu di bincang ngan Abah sebelum kita tentukan sape caterer..x nak pisang berbuah 2 kali...
Pada masa yg sama mama juga agak runsing dan resah kerana belum lagi melaksanakan amanah dakwah iaitu memulakan 1 lagi group usrah...sedangkan group usrah yg sedia ada masih belum mencapai matlamatnya. sekarang mama harus lebih banyak berdoa agar Allah memberi kekuatan dan kesabaran dalam semua urusan mama. Anak2 doakan mama ya.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment